Wednesday 17 April 2013

HUMAN COMPUTER INTERACTION - HCI


Aplikasi Kids Track ini adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna menjejaki anak mereka walaupun berada di dalam rumah yang mempunyai risiko kawasan yang berbahaya. Ia amat sesuai digunakan di Iphone, tablet dan juga android anda walau di mana anda berada.

DEMO DESIGN SYSTEM




ABSRACT

Pemilihan Aplikasi yang sesuai pada telefon pintar dapat memberi kesan keatas Aplikasi yang akan digunakan oleh pengguna dan tahap kepuasan pengguna. Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti aplikasi yang paling sesuai untuk membuat carian keluarga menggunakan dua aplikasi yang berbeza iaitu KidsTrack dan MamaBear. Kami berharap dapat mengenalpasti aplikasi yang lebih mesra pengguna dan mudah digunakan dan membolehkan pengguna membuat carian dengan lebih cepat dari segi kepantasan carian ahli keluarga.

Oleh itu kami telah menyediakan 4 tugasan yang sesuai untuk menguji kepantasan carian bagi menguji ciri berkenaan. Selain itu, kami berharap dapat mengenalpasti aplikasi yang lebih mesra pengguna dan mudah digunakan dan membolehkan pengguna membuat carian dengan lebih cepat dari segi kepantasan carian anak-anak. Kami juga ingin mengenalpasti samada kadar ralat adalah berpunca dari pemilihan aplikasi bagi telefon pintar and akhir sekali kami juga ingin mengenalpasti tahap kepuasan pengguna menggunakan Aplikasi Kids Track.


PENGENALAN

KidsTrack diperkenalkan untuk mengenalpasti kedudukan dan lokasi sebenar ahli keluarga terutamanya anak-anak. Pemilihan aplikasi ini adalah kerana hasil tinjauan yang didapati kebanyakkan ibu bapa yang bekerja pada zaman sekarang sukar untuk memantau lokasi anak-anak walaupun berada di rumah.Kesibukan ibu bapa di tempat kerja serta kerunsingan memikirkan aktiviti anak-anak yang mungkin terlibat dengan pelbagai aktiviti lasak dan berhadapan dengan kawasan di dalam rumah yang dianggap berbahaya bagi kanak-kanak yang masih kecil seperti kolam renang, dapur,bilik tidur, tangga, kawasan taman, kolam ikan dan sebagainya menjadi penyelesaian utama kepada pelaksanaan KidsTrack.

Kemudahan menjejaki lokasi anak-anak bukan sahaja dapat mengatasi masalah keselamatan dikalangan anak-anak tetapi ibu bapa dapat memantau kedudukan dan setiap aktiviti dengan lebih mudah,cepat dan tepat. Laporan ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai aplikasi web KidsTrack. Kids bermaksud kanak-kanak manakala Track dalam bahasa melayu adalah jejak.

Oleh itu, KIDSTRACK adalah jejak anak tanpa henti dan pada bila-bila masa sahaja. Aplikasi ini digunakan untuk menjejaki ahli keluarga tidak mengira masa dan kawasan yang didaftarkan di dalam rumah. Ianya mudah digunakan oleh semua peringkat usia tidak kira tua dan muda. Pengguna utama iaitu ketua keluarga hanya perlu install aplikasi ini dalam komputer atau telefon bimbit yang mempunyai kemudahan GPS. Pendaftaran setiap ahli keluarga perlu dilakukan supaya sistem dapat mengenalpasti pengenalan ahli keluarga. Setelah itu, peranti aplikasi dimasukkan ke dalam telefon bimbit setiap ahli keluarga untuk pemantauan. Maklumat lokasi ahli keluarga akan dipaparkan terus menerusi telefon bimbit tanpa mengira masa dan lokasi.


Kelebihan Aplikasi KidsTrack


Sistem ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri antaranya
ialah :

  i. Mudah digunakan 
 ii. Memerlukan komputer dan telefon bimbit yang mempunyai kemudahan GPS
iii. Menjejaki ahli keluarga dalam tempoh 24 jam tanpa henti.
 iv. Aplikasi ini adalah percuma .
  v. Ketua keluarga boleh mendaftar maklumat lokasi dimana ahli
     keluarga sepatutnya berada 
     - Mesej akan dihantar kepada ketua keluarga sekiranya salah
       seorang daripada ahli keluarga berada diluar dari lokasi
       yang sepatutnya.
 vi. Ahli keluarga juga boleh membuat persidangan melalui 
     panggilan sesama ahli 
vii. Mengelak dari berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti terjatuh
     dan cedera .

KESIMPULAN


Peranan ibu bapa didalam mengawasi anak-anak merupakan salah satu tanggungjawab besar yang wajib dipikul oleh setiap ibubapa tanpa lewa. Pengawasan tingkahlaku anak-anak perlu dititikberatkan oleh setiap ibubapa walaupun berada di dalam rumah. Pada zaman sekarang, ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya memandang remeh perkara ini dan beranggapan bahawa anak-anak selamat sewaktu berada di dalam rumah bersama dengan pengasuh atau saudara yang lain. Tidak pernah memikirkan bahawa di dalam rumah juga mempunyai kawasan yang berisiko terhadap keselamatan anak-anak.

Tanggapan ini telah menjadikan anak-anak bebas bergerak ke mana sahaja di dalam rumah, dan sekiranya tidak berada di dalam rumah masih tidak diketahui oleh ibubapa itu sendiri. Buktinya berlaku pelbagai kecederaan dan perkara tidak diingini diluar jangkaan kita. Bermain didalam bilik air dan berita lemas di dalam bilik air di rumah sendiri seringkali terbaca di rangkaian sosial atau berita.

Oleh yang demikian , kejadian seperti kecemasan, kecelakaan, kemalangan bahkan kematian yang sering didengari akibat tiada pemantauan dan pengawasan oleh ibu bapa dapat dielakkan dengan mudah dan pantas. Aplikasi Kids Track telah membuktikan bahawa ianya bukan sahaja dapat membantu mengawasi pergerakan anak-anak yang masih kecil ketika di rumah malah dapat mengenalpasti lokasi anak-anak dengan tepat. Dengan adanya, aplikasi seperti ini ia dapat membantu ibu bapa yang sibuk dengan kerja-kerja di rumah mahupun di tempat kerja untuk mengawasi keselamatan anak-anak kecil mereka di rumah.

Di samping itu juga, ibu bapa akan mendapat mesej daripada KidsTrack sekiranya ahli keluarga tidak berada di tempat yang sepatutnya pada waktu tersebut. Ini sekaligus dapat mengurangkan risiko kecederaan anak sewaktu berada di rumah dan penculikan dapat dielakkan.