Mengenai Kami


Mengenai Kumpulan Innovation


Masila Binti Matt
      Anak jati Kedah. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang putera di mana putera sulung berumur 7 tahun dan bongsu berusia 3 tahun. Memperolehi Diploma dalam bidang Sains Komputer di Universiti Teknologi Arau,Perlis dan sedang belajar di UTM Space Penang dalam Jurusan Kejuruteraan Perisian. Sedang berkhidmat di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat selama 4 tahun. Sebelum berkhidmat di ILP Kepala Batas, 2008 menjawat jawatan yang sama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KOMTAR). Mengimpikan sesuatu yang boleh mengubah kehidupan sekarang ke kehidupan yang lebih selesa dan memegang segulung ijazah pada bulan Oktober 2013. Insyaallah


Zaiton Binti Bakar


Berasal dari Kedah. Kini menetap di Bukit Mertajam, Perai, Pulau Pinang. Belum berkahwin, insyaALLAH akan menamatkan zaman solo selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Perisian) tidak lama lagi. Memperolehi Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dari Universiti Teknologi Malaysia, Semarak KL pada tahun 2001. Bekerja di sektor swasta sebagai Juruteknik di Molex (M) Sdn. Bhd. Bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara. InsyaALLAH..




Sharifah Roziedah binti Sayed Rohani (dora)



Membesar di Perak, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang putera berusia 7 tahun dan 4 tahun. Memperolehi Diploma daripada Kolej Teknologi Cosmopoint dalam bidang Teknologi Maklumat pada tahun 2005 dan sedang menyambung pelajaran di UTM Space Penang dalam Jurusan Kejuruteraan Perisian. (2nd last semester). Berkhidmat di Majlis Daerah Batu Gajah, Perak sebagai Pembantu Akaun semenjak tahun 2003. Ingin mendalami bidang teknologi maklumat hingga ke tahap PHD dan berhasrat untuk menyambung pelajaran hingga abroad. InsyaALLAH.
http://doracode.blogspot.com


Norazlina binti Md Nor

Berasal dan menetap dari Serdang, Kedah.  Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki. Mempunyai Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) pada tahun 1998 dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak.  Berkhidmat di Telekom Malaysia Berhad sebagai Pembantu Pegawai Teknik selama 12 tahun.  Harapan saya adalah memperolehi keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam bidang yang diceburi sekaligus menjadi contoh kepada anak-anak.


No comments:

Post a Comment